Anousment !

Isnin, 11 April 2011

Jozan menghangatkan ML ep2


Salam Readers,



Semalam time call Bam2 dia tengah tengok Maharaja Lawak. wah emo2. tak puas hati tak dapat tengok! Bam2 cakap ala, esok confirm dah masuk youtube. Balik kelas secepat mungkin kite tengok dekat youtube. haha happy bila adakan. terima kasih banyak-banyaklah siapa yang upload tu.I heart You bebeh!


So here we go, pandangan aku terhadap peserta ML untuk minggu yang kedua. seperti biasa gue tetap heart you Jozan! haha tapi gue tak mo biasss ok! 


Peserta Pilihan kite,
 
1) JOZAN

 
hee, template lawak Jozan ni dah lama, mungkin Jozan kena amik template baru yang lain dari yang lain barulah nampak kelainan.. barulah makin mantop ye Jozan. papepon siapalah boleh lawan si Johan ni kan. bab nak meniru gaya bagi dia.haha. semua pun dia boleh. Jozan ni dah ada pengikut dan peminat tersendiri. jadi janganlah hampakan mereka ye termasuk Aku weh! Jozan dah macam pakej, chemistry pun dah ada.. cuma kena lebih kreatif dan biarlah satu benda yang baru di luar jangkaan penonton kan?

2) Nabil


somehow kite rasa aura Nabil sebagai pelawak tu masih kuat. dan lawak Nabil masih mantap. siapa sangka boleh buat lawak bersiri. haha. terbaik betul idea.  Lawak Nabil ni agak sempoi mungkin dan jujur? haha. loghat dia kot buat makin menarik. dan sebenarnya Nabil ni kreatif.huhu.
 
 



Keputusan terkini selepas habis MINGGU 2!


Photobucket



p/s: still need JOZAN to make something different! oh kemon JOZAN!


tolong tekan butang LIKE lepas bace ARIGATO

Selasa, 5 April 2011

Maha Raja Lawak 2011 episode 1 tidak menghampakan . Best wehh !


Photobucket



Maharaja Lawak! kite sangat teruja nak tengok ML ni. sebab dulu time Raja Lawak pun kite memang layan, yang best je kite tengok. tak dapatlah nak tengok live. itu pun tengok atas dasar ihsan orang yang upload dekat youtube. cayalah siapa yang upload dekat youtube tu. I heart you bebeh! 


Nasib baik Maharaja Lawak ni cepat juga orang upload di youtube tak adalah basi sangat nak tengok episod pertama kena tunggu seminggu lepas tayangankan? well, terbaik juga rancangan ini, sebab menampilkan bekas-bekas pemenang dan peserta Raja Lawak yang lepas-lepas. bertanding antara yang hebat-hebat baru kita tahu siapa yang terhebat. baru keluar semua taringnyakan? haha. iyelah ada yang lepas Raja Lawak terus senyap sepi melainkan si Nabil dan Jozan tu kan.  Oh my Faveret JOZAN dan Nabil! hehe. 


Photobucket



Tapikan lepas tengok episod pertama, kite sangat-sangat kecewa dengan penampilan JOZAN. memang kite sangat high expectation ni dekat Jozan. sebab diorang memang antara yang terbaik.. kalau tengok Raja Lawak tu, kalau lawak sekor-sekor macam haram je, kite dok gelak sakan tengok si JOZAN je. diorang jadi host macam diorang pula yang punya gelanggang tu. chemistry diorang memang tak boleh blah. mantap habis.haha. rasa nak guling-guling tengok si Jozan.


Walaupun kite minat si Jozan dan Nabil, kite tak berat sebelahlah.. Si Amir tu, lawak macam bodoh. macam haram still orang nk vote. pakailah logik akal sikitkan. adeh.susah betul orang yang ikutkan hati dan perasaan ni. tak kelakarlah weh. ni gelanggang Maharaja Lawak! 


huih banyak kot kalau menang ni,  

Hadiah
Juara – Wang tunai RM300,000
Naib Juara – Wang tunai RM200,000
Tempat Ketiga – Wang tunai RM100,000


berkata dengan pengacara pula, er siapa setuju dengan AC MIZAL? sorry sangat bro, kite rasa kurang best sikitlah bila AC jadi host. hmm mungkin kalau PAKNIL mesti best ek? tapi layan sahajalahkan.


kedudukan terkini selepas episod 1



Photobucket



apa-apapun ini hanyalah sekadar pendapat kite, sebab setiap orang mempunyai citarasa berbeza, sebab itu orang kata subjektif =D Semoga berjaya  kepada semua peserta!

 

tolong tekan butang LIKE lepas bace ARIGATO